PAHLAWAN PERANG UHUD YANG MENJADI PENDUDUK NERAKA



Suatu hari terjadi pertempuran antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua  belah pihak berjuang dengan sangat hebat untuk mengalahkan satu sama lain. Pada saat pertempuran itu diberhentikan seketika sehingga kedua belah pihak pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul memperbincangkan pertempuran yang telah terjadi itu. Pertempuran yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang pada benak mereka. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka yaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, Qotzman bagaikan seekor singa yang lapar untuk menerkam mangsanya. Dengan keberaniannya itu, Qotzman menjadi buah bibir diantara pasukan lain yang ikut dalam pertempuran tersebut.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat sontak menjadi kaget mendengar jawaban Rasulullah itu. Bagaimana bisa seseorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam malah dikatakan sebagai golongan penduduk neraka. Para sahabat  saling pandang satu sama lain merespon kaget dalam mendengar perkatan Rasulullah itu.
Rasulullah sadar bahwa para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Rasulullah berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka bahwa ia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati Qotzman berbicara, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat yang dirawikan Luqman Hakim

G+

0 Komentar untuk "PAHLAWAN PERANG UHUD YANG MENJADI PENDUDUK NERAKA"

Back To Top